Kursus Penjagaan Tradisional Wanita Selepas Bersalin

Kami menawarkan Kursus Penjagaan Tradisonal Wanita Selepas Bersalin kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang kesihatan ini. Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pengasas Mum's Post Natal Care iaitu Pn. Hafizah Hanim serta kakitangan mahir dan bertauliah daripada Mum's Post Natal Care. Dalam kursus ini peserta akan dilatih bagaimana cara-cara untuk menjaga wanita yang sedang berpantang,penyediaan makanan serta ubatan ketika berpantang,penjagaan bayi dan bagaimana ingin memulakan perniagaan dalam bidang ini.

Antara modul yang akan dipelajari oleh peserta ialah:-
  • Urutan Tradisional untuk Wanita Bersalin
  • Rawatan dan Kaedah yang digunakan untuk wanita berpantang (cara-cara bertangkas/sauna,bertungku,berbengkung dll)
  • Penyediaan makanan dan ubatan tradisional
  • Penjagaan Bayi
  • Cara-cara memulakan perniagaan dalam bidang ini dan juga pemasaran
Kami juga akan membantu anda sepenuhnya jika anda berminat untuk membuka perniagaan ini. Perniagaan seperti ini sangat mudah dan tidak memerlukan modal yang tinggi. Anda juga akan dilatih sehingga mahir dalam bidang Penjagaan Wanita Selepas Bersalin ini.

Harga yuran sangat berpatutan dan kelas akan diadakan di tempat kami ataupun jika anda mahu kami juga menyediakan kelas secara personal untuk anda. Hubungi kami untuk pendaftaran kelas adalah terhad.

Selepas kursus anda akan menerima :
  • Sijil Penyertaan
  • Nota bergambar Panduan Urutan Bersalin & Cara-Cara Penjagaan ketika berpantang
  • Resepi masakkan tradisional melayu untuk wanita bersalin
  • Door Gift dari Mum's Post Natal Care
Daftar segera!!!!
Tambahkan pendapatan anda sekarang....

Untuk pertanyaan atau pendaftaran hubungi kami atau sms di talian 019-3033402/012-6141665(taip kursus-nama-no.i/c-alamat) atau email sya_yuyul@yahoo.com

1 comment:

  1. Saya berminat untuk mengikuti kursus ini, boleh saya tahu berapa lama tempoh kursus dan berapa yuran yang akan dikenakan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete